Kertas kotor.

Entah otak aku kosong level berapa sampai membuatkan aku tiba-tiba teringat dengan diari(blog) suci aku ni yang setelah sekian lama aku biarkan.

Lama. Lama sangat.
Oh ya. Aku berhenti sebab laptop aku terbakar. On terlalu lama sampai aku tak sedar ia dah lebih daripada satu jangka masa yang khusus.

Apa aku buat? Terlalu khusyuk menaip. Menaip. Dan menaip,
Selain tu, laptop aku punya banyak kenangan ber-foto yang aku tatap setiap hari.
Berjuta kenangan. Sampai aku tidur pun Tiger Lily(laptop) masih tak tidur.

Aku masih ingat nama pena laptop yang aku sendiri beri.
Hehe...

Jap. Aku nak beli sabun pencuci.
Nak cuci balik jari jemari keras aku ni.
Aku perlu teruskan menaip...