About me

DIRA ROKIF
Anak jati Kuala Lumpur [Kola Locco] yang berpakaian macam budak jahat tapi dari kecil punya minat terhadap Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Gelaran 'Dr. Falsafah' adalah impian aku. Hajat untuk menerbitkan karya sendiri masih terbantut disebabkan skill aku masih belum halus dan berkilat. Aku gemar menulis walaupun perkara yang merapu. Berambut serabai dicelup warna hazel ash, bermata coklat-hitam, bergigi taring dan berlapis. Berketinggian 162cm dan berat 44kg. Target masa terdekat aku ialah membeli sebuah motor dan akan aku pastikan aku dapat. Hello Kitty melambangkan betapa jantannya sifat dalam diri, aku masih berjiwa Ribena. Kadang-kadang aku boleh jadi teramat serius tetapi pada kebanyakan masa, aku seorang gadis gila yang melemaskan. Seorang yang selekeh dan pakai apa sahaja yang dirasakan selesa. Aku seorang un-swag geek yang tak punya kehidupan yang membanggakan mahupun zaman kegemilangan yang mengagumkan. Aku seorang yang bebas dadah, bebas rokok dan bebas parti. Cara aku berseronok ialah makan. Makanan umpama nyawa yang boleh buat aku mati katak sekejap kalau tak ada walaupun gula-gula 'babu' 20sen. Aku suka melihat kecantikkan setiap perempuan Melayu. Bukan berperasaan 'pengkid', tetapi aku suka melihat kesempurnaan dan keunikan ciptaan Tuhan. Aku juga penyanyi jamban tegar sebab aku suka menyanyi dan kadang-kadang aku rakamkan setiap lagu yang aku nyanyi dalam versi akustik sebab aku sentiasa perasan suara aku merdu. Aku bukanlah penoreh nadi yang berjaya bila aku stress dan itu bukanlah sesuatu yang akan aku lakukan malah treadmill dan abdominal crunch machine juga lah yang membantu disaat genting ketika air mata mula menikam wajah. Aku seorang yang sempoi pada masa yang sama aku juga seorang yang poyo. Mempunyai raut wajah yang seakan sombong tetapi aku seorang yang friendly walaupun awkward. 5 Mac adalah tarikh yang harus aku lari untuk menghadapi hari tua aku. Aku anak manja ayah yang paling nakal dalam dunia. Fashion dan make up bukan dunia aku. Muzik peneman setia dalam hidup. Bukan seorang yang baik dan beriman tinggi tetapi aku sedang memacakkan sinar hidayah dalam jiwa dalam mencintai Tuhan. Aku bertangan siput tetapi menyukai apa-apa jenis seni. Aku seorang hookah-smoker dan perahsia. Ya, aku misteri. Sila seram dan jauhkan diri.

Ayah selalu ajar aku biasakan diri dengan hidup susah. Walaupun aku seorang jutawan.