Bilamana kakak balik, anak buah aku yang jadi penyeri dan peneman sekarang. Semua takkan tahu level sayangnya aku terhadap Alya. Dah besar dia sekarang.
Baru tadi Leeya call. Dia lah adik, sahabat, kawan, teman seperjuangan, bestfriendforever aku. 1jam masa diperuntuk untuk kami luahkan segala cerita yang ada. Maklumlah dah masing-masing sibuk dengan kerja. Lantas teringat segala suka duka zaman kanak-kanak ceria kami. Fuh. Rindunya semua tu. Rindu Eqien juga. Mana lah kau hoi princess.
Bosan (!) Mana la semua orang biarkan aku sorang ni.
Lancar perjalanan hari aku setakat ni. Tahun 2013. Mungkin ini lah tahun yang bermakna buat aku yang bakal bergelar gadis lapan belas nanti. Terima kasih Ya Allah, Ya Rabb.
Sekarang dah makin faham. Faham jadi orang besar. Faham penat lelah kerja. Faham pedih cari/simpan duit. Faham tanggungjawab jaga keluarga. Faham jaga hubungan dengan semua orang. Makin besar, makin faham.
Ayah: bila la anak manja ayah ni nk berhenti act macam budak-budak. Anak ayah kan dah besar.
Aku: sampai bila-bila akan jadi macam ni. Mungkin...
Ayah: tak apa la. Yang penting, siti ni buah hati pengarang jantung ayah *cium dahi*
Alhamdulillah setakat ni azam aku berjalan lancar. Tak mencarut lagi. Tak marah-marah lagi. Tapi rasa macam dipijak je. Boleh ajar aku jadi berani dengan orang? Please...
Aku end up entry ni sampai sini je. Sambung lagi later on the next slide.
Salam Sabtu.


Wuhoo theres