A: Eh kau ni apa nak jadi ni. Dah lah perempuan. Tapi merempit.
B: Gila rare kau ni. Fuyooo nk jd minah rempit lah tu.
C: Tak takut ke bawak motor? Bahaya la. Bawak la kereta. Tak kena hujan.
D: Dira ni nampak je lembut, manja, co*** tapi ganas juga kan?...dan pelbagai jenis kata caci makian. Hina sangat gamaknya perempuan jadi penunggang.
Si polan yang gemar meletuskan amarah aku.
Ye. Aku perempuan. Ye. Aku lembut. *sampahnya, aku tak comel.
Apa hukuman mandatori sampai semua memandang rendah terhadap minat aku dalam bidang permotoran. Hah ayat tak boleh sampah lagi ke Nadirah.
Bangsatnya. Ni minat aku. Halang kenapa? Pandang rendah kenapa?
Heavennya bila;
Aku tak jangka aku boleh bergerak jauh.
Aku suka angin.
Aku suka selit menyelit sebab aku sememangnya anti-jammed.
Aku suka bila ada mata-mata kagum melihat aku atau aku yang perasan.
Aku suka kenakan baju kegemaran, skinny jeans, ankle boot.
Ada penunggang yang aku tak kenal, kami berlumba tanpa sedar.
Mama janjikan superbike walaupun pasang cita-cita nak belikan kereta.
Celaka tu muncul bila;
Mamat-mamat sampah gatal cuba nak mengurat atau aku yang perasan lagi.
Ada kereta yang kalau boleh "bagi la signal esok woi"
Jimat duit untuk full tank.
Aku masih ada gaya feminine, girlish & childish aku sendiri. Aku sememangnya tak perlukan pengkritik tegar yang kritik tanpa sedar dah cucuk hati aku guna keris Hang Tuah.
Kalau tak dapat suka aku, terima aku, tak kira sebagai apa pun; aku tak pernah peduli walau jauh dari sudut hati aku berkecil hati dengan persepsi sempit semua orang. Yang hanya bijak menghakimi.
P/s; aku nak digelar rider comel. Bukan rempit sampah. Sekian.


Wuhoo theres