
Jika ada sebuah mesin,
Aku punya satu hajat,
Aku ingin masa diputarkan kembali.
Jika masa telah diputarkan,
Aku ingin baiki segalanya,
Segalanya yang telah aku sia-sia kan.
Jika aku telah perbaiki segalanya,
Baru aku terasa puas dalam hidup,
Baru aku rasa aku hidup bukan hanya sekadar hidup.
Ya, aku terasa seakan aku hidup hanya sekadar hidup. Sekadar melakukan perkara untuk memenuhkan syarat untuk hidup. Puas aku teroka dunia nyata, puas aku berpijak pada dunia nyata, selama tujuh belas tahun. Gadis tujuh belas seperti aku mudah lelah dengan segala yang jadi. Mudah memberontak dengan segala macam rintangan. Apa yang aku faham, sekuat mana seseorang itu, martabatnya hanya sekecil kuman di mata Tuhan. Selalu aku ingatkan diri, Tuhan ingat orang yang ingatkan dia. Apa gadis seperti aku yang hanya tahu mencari erti hidup dan kebebasan ni layak ke untuk Tuhan ingat dan pelihara?
Aku sedar. Semua orang akan cakap, "Nadirah, masih belum terlambat untuk berubah". Ya Allah, syaitan azazil jenis apa yang kurang ajar dah racun fikiran aku? Aku mohon petunjuk. Aku daif dalam agama. Aku masih gagal. Kesalnya rasa.
Dalam diam, terasa ada air yang deras mengalir seakan sedang berlumba untuk turun di pipi aku. Aku ke yang dipanggil tak guna? Aku ke contoh orang yang bodoh? Tolong sesiapa carikan jawapannya untuk aku.
Aku masih kekaburan. Mata yang pada dasarnya masih sihat tapi entah kenapa aku seakan masih tak nampak bayang masa depan aku. Cerah ke? Gelap ke? Atau kelabu asap je? Pakai lah kanta mata berjuta lapis sekalipun, aku masih tak rasa yang aku ni punya masa depan yang baik. Aku masih rasa aku tak banyak usaha. Ye, aku tahu aku teruk!
Aku harap aku dapat cetak berjuta helai kertas untuk semua orang. Kertas yang berisi kandungan,
"sila beri komen dan kritikan tentang apa sahaja terhadap Siti nadirah"
supaya aku tahu, perangai buruk sebenar. Apa yang orang tak gemar. Supaya aku belajar sedar diri, sedar ruang. Kawal diri, kawal ruang.
Harap kali ni bukan lah entri yang emosional lagi. Selamat malam semua. Selamat malam dunia.


Wuhoo theres