Pages

Suatu hari nanti.


Tertanya sendiri dalam hati.
Kenapa?
Mengapa?
Hati kerap kali bermonolog sendirian. Mempersoal segala benda yang mana aku sendiri tak ketemu jawapan.

Fikiran aku berlari dengan liar.
Celaru, mungkin.
Kusut, mungkin.
Ahh! Sudah lah. Perasaan hati ni sering buat aku seperti 'si bodoh yang sering diperbodoh hatinya'.

Kerap kali aku seperti berada di alam mimpi.
Di mana aku sering diperlekeh, diperbodoh, diperguna, diperkecil.
Bila aku sedar, aku bukan bermimpi.
Ni lah realiti.
Realiti hidup, Siti Nadirah.
Dan ya, ini satu tamparan hebat.
Paling hebat...

Seringkali aku sabarkan diri. Dengan berfikir, "ahh orang lain lagi teruk hatinya diguris".
Walau itu yg aku sering fikir, aku acapkali bertanya tanpa henti.
Kenapa kesakitan dan kepedihan tu, harus pada aku?
Sesugguhnya aku lemah. Teramat lemah. Longlainya jiwa.

Lukisan hati, pada sehelai kertas lukisan.
Cantik lukisannya.
Dan kemudian, kertas itu dikoyak dan dirabakkan.
Nah! Itu lah hati aku sekarang.
Dicarik-carik seperti bulu ayam sehingga botak.
Digunting, diguris, dikopak, dipatah.
Puas ke perlaku aku sebegitu?
Kalau masih belum, jemput lakukan lagi.
Seronok tengok aku jatuh?
Seronok tengok aku tersungkur?

Kalau lah suatu hari nanti, aku yang bodoh dicaci dimaki hina ini yang kau cari untuk dambakan sebarang pertolongan, kau rasa apa aku lakukan? Ya, tepat. Aku mampu senyum dan pergi. Aku kejam? Eh. Kau layak ke nak tempelkan ayat itu pada aku? Kau tahu pulak maksud kejam tu? Kalau masa tu baru nak paculkan perkataan 'kejam' dari mulut, tak payah susah. Tak guna dan terlambat. Label itu sepatutnya untuk kau. Kau yang sekarang ni jatuhkan aku. Lumpuhkan hati aku. Tahniah besar lah untuk itu.

Kau berjaya.
Berjaya buat aku terduduk menangis.
Hiba, mungkin.
Perit...
Tepat!

Aku diam. Mungkin kerana aku yang sejak azali penakut dan lembik.
Tak punya kekuatan malah keyakinan.
Tuhan sayang orang yang sabar.
Jadi aku sabar.
Tuhan beri kita ujian yang sebenarnya kita mampu tanggung ujian tu.
Dan aku masih bersabar.

Ya, aku masih manusia biasa yang normal dan kuno.
Masih sukar mengawal diri dan perasaan.
Apa, boleh ke aku simpan rasa pedih tu selama jutaan detik pun?
Silap. Aku bukan pendendam.
Aku cuma nak orang tahu.
Yang aku seorang yang, tabah.
Luar senyum, hati menangis.

Aku seakan lelah memikul semua tanggungan ni.
Adakah aku dilabel sebagai 'mak sungut'?
Ada saja yang tak kena di mata.
Ada saja yg hendak aku sungutkan.
Memang, dasar aku kaki merungut.
Tak pernah nak belajar bersabar.

Senang je.
Kalau sayang, tunjukkan.
Kalau setia, buktikan.

Tuhan maha adil.
Di sebalik yang di uji, ada hikmahnya.
Dan kau yang sedang berada di ata roda tu.
Berhenti lah. Kau akan berada di bawah pula.
Roda dan kitaran hidup ni berpusing.
Silap.
Aku bukan doakan kecelakaan untuk kau.
Kau ingat aku ni perempuan semacam apa?

Tak perlu aku percaya pada karma yang karut belaka.
Qada' dan qadar Allah lebih beerti.

Harap kau buka mata.
Sedar diri, sedar ruang.
Aku bukan kayu.
Layan aku seperti seorang manusia, bukan lembu.