Aku punya satu masalah.
Masalah yg serasa aku, takkan ada yang faham.
Atau aku sendiri yg terlalu layangkan fikiran pada kadar jauh?
Angkat tangan siapa pernah percahkan hati aku!
Nah, kalau ada sepuluh orang, sembilan orang harus diangkat tangannya.
Purata manusia yang menyakiti aku.
Atau aku yang tak lindungi hati sendiri?
Entah kenapa.
Makin aku cuba kuatkan hati.
Makin teruk rasa sensitif ni.
Makin aku terapkan rasa tabah.
Makin menebal rasa amarahku.
Aku tak pandai berbahasa basi.
Untuk biar semua orang jelas dengan kondisi aku.
Aku luah apa yang terlintas.
Tuhan maha Adil.
Tuhan maha Mendengar.
Tuhan maha Melihat.
Tuhan maha Pengasih.
Dia beri ujian sebegini berat kerana aku boleh tempuhnya.
Sabar, separuh dari Iman.
Aku sedar aku seorang gadis yang seperti mana.
Gadis yang sering gagal diri dengan Tuhan.
Jadi yang penting aku harus terapkan rasa sabar dalam diri.
Aku selalu memaksa diri.
Memaksa hati.
Supaya aku berhenti merungut.
Aku sendiri jelik dengan sikap tu.
Apatah lagi orang lain. Kan?
Selamat tinggal.
Insan yang pernah bergelar kekasih.
Aku tak pernah layak duduk dalam hati kau tu.
Air mata deras jatuh.
Terasa dingin sekali malam ni.
Atau aku sorang je rasa macam ni?
Bye.



Wuhoo theres