Pages

Alam yang membalas.


Kehidupan yang tersedia di depan mata, kita menghukum dengan kejam. Tak pada diri sendiri malah sekelilingnya. Bangga mendongak dada, konon mencorak bahagia, sedangkan sedang sembunyikan hati yang orang hancurkan, berkecai tiada gantian, titian kebahagian sebenarnya telah musnah. Aku sedar, aku tewas lagi. Ini bukan permainan yang direka oleh sekumpulan manusia yang celik IT. Ini lah dinamakan takdir hidup yang telah dicatat oleh yang Esa. Aku hanya hamba yang lemah. Mencari kekuatan walau payah.

Kekadang orang tak faham betapa hati ini sedang pedih. Kesal kerana mereka tak nampak kepedihan tu. Tapi masih berjaya menyembunyikan perasan aneh tu.Sakit yang sedia ada, orang tak pandang walau sebelah mata. Yang mahu dilihat adalah kesempurnaa diri dalam dan luar sedang kita tahu, tiada siapa yang sempurna.

Di ketika ada yang sedang gembira, sedar lah ada yang berduka. Harap kita bersama buang sikap pentingkan diri.

Cukup dengan hanya tunjuk rasa hormat. Marah kerana semua yang ada terlampau berkeadaan serius tanpa kau sendiri sedar, kau tak berjaya pun buat kami senyum dan selesa.

Kau sering beritahu aku betapa kau kesalkan hidup kau. Aku memahami. Aku bukan lah kononnya seorang psychatric atau apa. Aku cuma sedang memahami gelodak perasaan seorang sahabat. Aku berjaya. Aku terasa ingin membantu. Sikap perikemanusiaan aku yang hampir melampau ini, aku cepat kasihankan orang. Dan bila aku hulurkan sedikit perasaan tu pada kau apa yang aku dapat akhirnya? Kosong.

Mungkin aku terlampau kasihankan keadaan sekeliling sehingga semuanya berani mempertikaikan diri aku. Memijak padukan kepala aku. Tak membuli luaran malah membuli emosi aku. Sakit, kau faham tak?

Ahh sudah! Perasaan apa entah yang sedang hadir dalam diri sekarang. Lantas aku selamatkan hati aku dari pecah lagi dengan memainkan lagu supaya aku sedikit hilang rasa kekacauan dan kekeliruan.