Hati pecah, jiwa kacau.
Pergi lah segala perasaan yang sukar ni. Aku tak perlu kan kau. Kau lagi buat aku sakit kepala. Pergi lah kau wahai perasaan yang sukar.
Aku nampak bayang, yang aku tahu ia bukan kepunyaan aku. Aku tak percaya dengan apa yang aku lihat. Aku tak boleh lupakan dengan apa yang aku nampak.
Bila aku terjaga dari tidur, aku berharap ianya satu mimpi ngeri. Hanya mimpi.
Aku tak perlukan 'morphine' untuk hilangkan segala kegusaran.
Jangan kata apa-apa. Aku tahu, ianya takkan cukup. Jadi apa yang perlu aku luah? Aku faham. Kebahagiaan tak ingin berdiri dekat dgn aku. Malah aku faham, kesedihan sentiasa menemani aku. Adil ke macam tu? Aku yang merasa.
Cahaya kepedihan hanya tertumpu pada wajah aku. Drama kesakitan hanya aku yang pentaskan. Pelakon utama nya aku dan aku diiringi pelakon pembantu iaitu air mata. Penonton yang wujud hanya gembira, gelak bertepuk tampar. Mcm mana dgn aku?
Wahai racun, racuni lah aku sementara aku sedang bebas. Kebebasan yang ada hanya indah khabar dari rupa. Sebenarnya.
Aku lah perempuan yang kusam tu. Kalau ada satu tempat yang kosong penuh ruang, aku akan menari sepuas hati. Seakan tiada siapa yang melihat, merasa kepedihan ni. Aku akan lepaskan semua amarah yang ada melalui jeritan paling kuat, sekuat halilintar. Aku akan keluar liquid dari mata ni, sehingga aku puas.
Aku jatuh! Tak siapa peduli. Tak siapa kisah. Orang sekeliling yang sukar buang sifat dengki tu, seronok melihat aku terkontang-kanting.
Aku tak mahu tahu sekarang.



Wuhoo theres