Pages

Kadang-kadang tu bagus.

Kali ni aku nekad, aku tak akan sekali-kali berlembut hati lagi. Aku berhenti jadi perempuan hina yang mudah diperendahkan hati. Sekarang aku mula belajar mementingkan diri. Aku juga ada hati apatah lagi perasaan. Aku perlu jadi kejam dengan orang sekeliling. Aku perlu!

Sebelum ni aku tak pernah sesekali pun lukakan hati orang. Kenapa Tuhan giat menguji hati aku?

Aku dilayan macam sampah, kayu-kayan yang tak punya perasaan. Orang pijak-hentak hati aku. Orang rentap perasaan aku. Segalanya berlaku berulang kali bagai tak akan berhenti. Bagai ianya adalah satu daripada perkara yang wajib berlaku pada aku.

Sukar untuk lihat kegembiraan yang berpanjangan pada aku. Ia hanya mampu bertahan selama...beberapa jam. Ye jam! Malahan paling teruk, saat!

Aku sendiri bosan dengan hidup aku. Aku sendiri penat gelarkan diri prick loser. Aku sendiri lelah dengan permainan yang orang rentakkan dalam hidup aku. Aku sendiri letih curahkan air mata pedih dari kolam mata aku. Aku sendiri tak tahan menanggung luka yang bukan sedikit pada hati aku.

Ayah pesan, sentiasa berbuat baik.
Ayah pesan, sentiasa berbaik sangka.
Ayah pesan, biar orang buat kita, kita jangan buat orang.
Ayah pesan, hakis sifat dendam dan benci.
Ayah pesan, belajar menyukai dan menerima kelemahan orang sekeliling.
Ayah pesan, jangan pernah menghakimi orang apatah lagi jatuh hukum pada orang.
Ayah pesan, Tuhan uji orang yang dia sayang.
Ayah pesan, sabar separuh dari iman.
Ayah pesan, senyuman mengubat kedukaan.

Ini ke balasan menjadi terlampau baik dengan semua orang?

Aku risau aku berubah. Dari yang sekarang, jadi lagi teruk. Aku risau nafsu amarah dan kesabaran aku yang terikat kukuh ni memberontak dan muncul. Aku risau. Sememangnya.

Aku tak minta wang ringgit. Aku minta hati aku dibentuk dengan rasa hormat.

Astaghfirullah. Apa yang aku taipkan tadi? Mengucap panjang aku menaip mengikut perasaan. Subhanallah. Aku lemah. Allahu...

Orang boleh pergi dari hidup aku kalau mahu.
Orang boleh terus ranapkan perasaan aku kalau mahu.
Orang boleh rendahkan hati aku kalau mahu.
Orang boleh hina caci maki aku kalau mahu.
Orang boleh koyakkan kepercayaan aku kalau mahu.
Orang boleh terus menguji kesabaran aku kalau mahu.

Sila.