Pages

Pegun teguh.

Aku sentiasa pujuk hati untuk tak mudah jatuh.
Aku sentiasa pujuk diri untuk tak putus asa.
Tak sesenang yang orang fikirkan...

Beratnya hidup. Luasnya hidup.
Segala beban penat lelah,
hanya aku yang rasa...
hanya aku yang pikul...
hanya aku yang tanggung.

Persetankan segala benda sekeliling yang semacam iblis cuba tenggelamkan aku dalam baraan api. Aku mula belajar mencorak hidup sendiri. Sekurang-kurangnya aku sendiri dah nampak perkembangan diri. Tahniah Nadirah.

Aku dah tinggalkan tapak-tapak kusam realiti hidup yang lama.
Malah aku dah punya sayap untuk terbang jauh.
Jauh dari dunia kejam yang sering menikam aku bertubi-tubi.

Aku belajar...
Untuk mencintai diri aku sendiri.
Untuk menyayangi diri sendiri.

Aku belajar...
Aku tak perlu sembunyikan kelemahan diri.
Kerana itu adalah aku.

Aku belajar...
Keburukan boleh ditutup dengan perubahan.
Kerana aku juga tak sempurna.

Biar aku kalah dalam pertarungan ni asal maruah aku rapi terjaga.
Biar parut luka ni tampak jelas asal senyuman aku tak pernah pudar.
Biar aku hilang segalanya asal semangat aku kekal utuh berdiri.

Terkadang aku lupa untuk bersyukur...
Kerana sebenarnya aku dah punya segalanya.
Aku yang buta. Aku yang cuai. Aku yang tak sedar.

Aku yang cepat menyerah.
Aku yang lemah.