Pages

Tutup rasa.

Aku kekadang tak pasti apa yang perlu aku buat. Disaat fikiran buntu macam digaul clorox. Celaru habis dengan siratan dalam kepala otak yang berselirat macam orang gila.

Wei, aku muda lagi untuk merasa kesakitan semacam ini la!

Celaka. Kalau la wujud pedang yang mampu bunuh 'perasaan'. Dah lama aku tikam-tikam 'encik perasaan' ni. Biar mati. Biar ranap. Biar hancur. Tak lalu aku dah nak simpan pelbagai rasa pedih ni semua.

Habis punah hati aku dipijak dan dibuang orang. Celaka la kau si polan semua yang celaka!

Aku baik sangat atau sebab aku jahat sangat, orang keliling menghukum dengan menghancurkan hati aku sedikit demi sedikit. Tak tertinggal walau sikit. Kejamnya. Kejam sangat.

Kalau la aku punya spirit yang kuat mampu lawan segala perasaan. Mampu menangkis segala rasa. Semua ni tak akan jadi sesuatu yang pedih untuk aku telan hari demi hari. Lapan belas tahun hidup, lima tahun hati aku dipersia. Diludah. Dihina. Ingat seronok? Ingat sedap? Sentiasa diselubungi keperitan pun tak boleh juga ni. Setiap kali aku berusaha untuk kuat dan berbuat sesuatu untuk kembalikan senyuman dan keceriaan diri ni, disetiap kali itulah aku tak berjaya langsung. Tahniah buat diri yang gagal.

Aku seorang gadis rebel yang masih tak jumpa arah tuju hidup. Kesamaran kabus perosak menyelubungi hidup aku menambah duri ranjau hidup.

Aku harap ada orang capai tangan aku yang terkapai-kapai lemas dalam duniawi dan genggam erat supaya aku tak jatuh lagi.

Alangkah gembiranya kalau aku bebas seperti air sungai yang mengalir. Alangkah baik jika kegembiraan tu ada selalu dan hapuskan segala macam kesedihan. Alangkah bagusnya...

Aku benci orang yang mengganggu-gugat keharmonian yang sedia ada.